30 April 2010

FEELING OBERSEA JAP KAT PERLIS!

gambar kat atas tu di ambil oleh Eliane
dari nyc daily photo
menunjukkan kereta yang mempakir disitu
di selimuti oleh daun yellow ginko biloba.
Itu kisah kat Manhattan.

Tapi kali ni dex nak bawa uols
terbang ke Kangar, Perlis.
Di mana ada persamaan
dengan keadaan di atas tu
What???! Kangar, Perlis???!
ape kekdahnyew?haha
tengok gambar di bawah ni..
feeling oversea tak?
just feeling je
tak salah kan?
huhu

kangar, perlis
12.15pm 29 April 2010

bangunan kat belakang tu
menambahkan lagi rasa obersea ya dak?

tu dia..yellow blanket

pokok inilah yang mengeluarkan
yellow blanket ituu

inilah bunga yang harum semerbak mawar
(adeh-takleh nak bagi sample bau dia kat sini)

setahun sekali mesti
kami sebagai rakyat perlis merasai keindahan ini
dex selitkan sedikit info mengenai pokok sena
atau nama botaninya Pterocarpus indicus.

Pokok Sena atau juga dikenali sebagai
Angsana
merupakan sejenis tumbuhan
yang terdapat di hutan Malaysia.

Ia merupakan pokok asal di Malaysia dan kawasan Asean
Ia dikenali sebagai pokok Narra di Filipina,
pokok Sonokembang di Indonesia,
pokok Tnug di Kemboja
dan pokok Pradu di Thailand.
Pokok Sena dianggap sebagai pokok balak yang baik.

Pokok Sena merupakan pokok tinggi malar hijau
yang mampu mencecah sehingga
ketinggian 30 meter sehingga 48 meter
ditempat asalnya.
Daunnya sepanjang antara 12 hingga 22 cm
dan tangkainya (petiole) sepanjang sekitar 2 hingga 4 cm.
Bunganya berbeza dari sedikit sehingga merimbun
dan berbunga dari Februari hingga Mei di Malaysia dan Filipina.
Ia berbau harum dan mempunyai kelopak kuning
atau kuning bata.
Buahnya bulat leper dan sekitar 6 cm kerat rentas.
Buahnya yang matang dalam 4-6 bulan,
menjadi perang apabila tua.

Ia mempunyai sayap serabut bagi penyebaran melalui udara.

Pokok Sena merupakan kayu keras, kemerahan tahan anai-anai
dan berbau harum seperti bunga mawar.
Kayu ini dikenali di Indonesia sebagai amboyna
sempena Ambon di mana kebanyakan pokok ini ditemui.
Seringkali kayu Sena dipotong nipis sebagai lapis veneer,
bagi menghasilkan perabot.
Bunganya digunakan sebagai sumber madu
sementara rebusan daun digunakan sebagai syampo.
Kedua bunga dan daun dikatakan boleh dimakan.
Pokok Sena (Narra) merupakan pokok kebangsaan bagi Filipina,
dan juga pokok daerah Chonburi
dan daerah Bukit(Phuket)
yang dahulunya takluk negeri Kedah kini di jajah Thailand.

*sumber rujukan dari Pterocarpus indicus
*Perlis ade salji gak, tapi Salji Hitam,
iaitu hasil pembakaran ladang tebu (daun tebu)
yang berterbangan pada penghujung tahun.


28 April 2010

BOWLING : TANGAN PANAS! ELAK H1N1

salam sejahtera semua
selamat pagi
terlebih dahulu dex nak kemaskan sedikit
blog dex yang agak sedikit
bersawang2 ni
kenapa bersawang?
latihan boling yang agak membina
myebabkan tangan dex terketar2
huhu

ni pe kes ni? sampai tertido kat lane boling ni?

apekah kaitan boling,
tangan panas dan H1N1 ni?
tetibee je dex ni kan?
saje je dex buat tajuk entry macam tu
sebab dex seolah terpanggil untuk buat
khidmat pesanan masyarakat
mengenai penyakit yang dashyat ni
di mana sekarang ni
sedabg memberi gelombang yg agak kuat
kesannya
dalam kita menjaga langkah2
pencegahan, ianya tetap datang lagi
apekah ia?
H1N1
kenal kan apekah perkara ituu?
same2lah kita menjaga kebersihan
dan dapatkan vaksin secara percuma
di mana2 klinik kesihatan
sekiranya ada gegala2 tersebut ya
sekiranya menyentuh barang2
yang agak 'public'
basuh tangan sekerap mungkin
dex selalu pesan kat diri sendiri
sila alert ya!

kerana pusat boling adalah
tempat awam dan barangannya
memang public figure gituuu
lepas habis aktiviti,
berdobilah tangan ni
ngeee


*alamak-dah 2.44am! japgi kul 9am nak kene ready utk latihan lagi ni!
*ini adalah entry auto-post pertama dex
di kala uols membaca entry ini, dex sedang membaling ketulan bola boling 14.5lbs!
sekian, jumpa lagi di lain entry nanti! luve luve


23 April 2010

HARI YANG MELETIHKAN


salam pagi yang murni
kepada semua pembaca blog dex ya

dalam sehari dua ni
dex terpaksa
tangguhkan entry2 dex
sebab dex ada latihan boling

dah 3hari berturut2
satu hari sembilan game
soal score pula
memang variant lah
bercampur2 score dia
tangan dex
belum dapat konsisten lagi
sebab dah hampir satu tahun rehatkan tangan
doakan supaya dex dapat mencapai sasaran
terima kasih
sekian



*majulah sukan untuk kebaikan diri sendiri ;D
*nanti kalu dah ada kelapangan,
dex akan reply semua comment uols n menerjah ke blog uols-tq tq tq

21 April 2010

KHIDMAT PESANAN RINGKAS KEJAM?

selamat pagi semuaa
semuga dimurahkan rezeki ya
dengan beberapa pertanyaan kepada uols :

ni pe kess nih?

1. best tak ada hanfon yang boleh berfungsi menghantar dan menerima khidmat pesanan ringkas yakni SMS nih?

2. adakah SMS membantu?

3. adakah SMS kadangkala atau selalu bertindak terlalu kejam kepada kita sebagai pengguna dan seterusnya menjerumuskan diri kita ke dalam kancah kesusahan?

4. pernah anda menerima SMS berunsur 'honaq'(tak senonoh) contoh : 'sila dapatkan video panas-bla bla bla-hantar ke 39xxx dan perkara2 berkaitan perjudian?

5. adakah SMS masih releven digunakan lagi?

6. bagaimana cara untuk membendung dari kita terus tertipu?

telefon rumah lebih selamat?

jom kita tengok ape yang berlaku di
Kota Bharu, Kelantan
apabila seramai 17 orang
telah tertipu dengan
penipuan tawaran hadiah cabutan bertuah
berupa wang tunai
dan seterusnya telah merugikan diri sendiri
anggaran antara RM 1,000 hingga RM 5,000

sumber : KOSMO

hmm..bukan sikit tuu
memang lah duit boleh di cari
tapi..kalau dah rugi sebegitu banyak,
camner nak buat tu?

"Jumlah keseluruhan kerugian mangsa yang antaranya terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, pegawai perubatan, pelajar universiti, guru, pesara dan pekerja swasta itu sebanyak RM33,825."
kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan,
Supritendan Hamzah Alias

*jangan percaya sms2 yang selalu menipu ni
*JOM! join NUFFNANG lagi best


20 April 2010

OH NO! : DEX TELAH 'DI PAPARAZIKAN' DI GATSBY DEODORANT STREET FAIR!!


namaku di sebut2 paparazzi!

alamak-pe kes ni?
ni dia...
pas satu entry pasal Gatsbt Deodorant Street Fair (GDSF)
(fuhh-singkatan tuu)
yang dex post semalam,
(sila selang satu entry kalo nak bace)
ramai gakk yg bertanya nape
tak letak satu pic pun
kat event tu
cuma yang ado pic tak berkenaan
pic bert williams lak
pe kess kan?

ok ni reasonnya :

1. dex tak bawak ape2 kamera pun, kecuali kamera dari hanfon 5800 je-itu pun snap pic ntah ape2 je.

2. dex bawak buku note kecik tu dah cukup satu kenangan abadi dah-tak payah camera kot-boleh ke alasan camni?haha

3. takde mood nak snap pic sendiri-sebab dex dalam masalah obesiti yang melampau2 sekarang nih!marie france-help me! i want ur free voucher! haha

4. semata2 nak tunggu PAPARAZZI snap! nak tengok buktinya? nah :


alamakkk-'ter overweight' sudahhhhh!

dex blogwalking dan terjumpa
pic sorang yang VERY RARE plus OVERWEIGHT (Dex lah tuu!)
yg sdg asyik mendaftarkan diri

di situu

semua ni dalam blog
MR POTTER
tq bro-terselit gak dex kat situ
MR POTTER
dia bukan paparazzi,
tapi
dia seorang yang hebat!

*nanti dex update lagi pic kemeriahan di situu

BEREBUT KAMERA VIDEO DENGAN SOTONG YANG TERLAMPAU DI DASAR LAUT WELLINGTON!

selamat pagi sesuci murni
kepada semua pembaca blog itam dex
salam sejahtera dex ucapkan

hari ni dex nak
bawa all readers blog dex
ke dasar laut di WELLINGTON
bersama si penyelam Victor Huang, 31
dari New Zealand

dalam asyik2 dia duk merakamkan
gelagat haiwan ituu
tetibe saje sotong tu terus
menyambar kamera video yang
berharga NZ$754 (RM 1,719.00)

walaubagaimana pun,
beliau sempat mengambil kembali
kamera video tersebut dari sotong yang
begitu berminat dengan barang ituu

nak tengok pergelutan
yang berlaku ituu?
ni dia
video
setakat ni dah 805,659 view video ni kat youtube
sejak di post pada 15 april 2010



sedap kah??

*macam jinak je kan sotong tu?
*sumber ini dibawakan kepada and
a oleh KOSMO & YOUTUBE

19 April 2010

BERTEBAL MUKA DI GATSBY DEODORANT STREET FAIR!


Bert Williams
tade kena mengena ngan entry ni

just gambar hiasan je

salam satu malaysia to all
semuga sihat2 sejahtera hendaknya

maaf dipinta kalau ada yg tertunggu2 entry
dari blog hitam dex yg satu ni
bukan pe

dex penat sangat

mana tidaknya
perjalanan dari
KANGAR, PERLIS-KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR-KANGAR, PERLIS
semata2 untuk memeriahkan suasana
GATSBY DEODORANT STREET FAIR
suasana majlis tersebut sememangnya hapenning gila!

tengok ramai yang datang berpasangan
tapi dex-JUST ALONE!
memang bertebal muka lah!
dengan penampilan tahap gila2 serabai
dengan masalah obesiti lagi
skunk ni!
haisshhh!

memang tak bersedia
langsung lah time tuu!!!


memang menggilakan lagi

bila bertolak malam dari perlis
dan sampai KL awal pagi
dapat rehat kejap,

then terus ke majlis tu
itu acara buat kali pertamanya dex hadiri
anjuran nuffnang

dan di hadiri oleh blogger2 hebat
dan jauh lebih senior dari dex

DAN sememangnya berbaloi2 sebab :

1. Pengalaman berkumpul sesama blogger-beramah mesra-sekaligus mencapai sejarah HIMPUNAN MEGA PARA BLOGGER DI MALAYSIA! dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records-cayalah-dex adalah salah sorang antara ribuan yg telah melibatkan diri! TAHNIAH kepada NUFFNANG & GATSBY selaku penaja!

2. Dex bawak buku kecil-utk kawan2 blogger yang kenal dan yang belum kenal-dex just say hai/hola/hello kalau dex rasa dia sah2 ada blog dan memakai baju merah yang disponsor ituu-autograf dan tinggalkan url memasing kat dalam buku nota kecik tu-utk dex lebih dekatkan lagi diri dex dengan blogger2 malaysia yang super-duper vass gituu-haha

3. Semuanya disponsor-pergi makan angin je kot.haha

4. Ape pun, semua ini pengalaman yang tak akan terpadam buat selama2nya-kalo tengok jenama Gatsby-mesti teringat2 akan sejarah ini! memang silap besar lah sape yang pergi tu cakap tak best.

*kepada kawan2 blogger yang tak berkesempatan berjumpa aritu-kita jumpa lagi di lain majlis yang vouge2 ya!

15 April 2010

PETANI HANYA BERCUCUK TANAM DAN BERTANI JE KE?


selamat pagi
kepada u uols yg super vass
semuga hari ni menenangkan
tenang setenang2nya
setenang pemandangan
kehijauaan sawah padi yg terbentang luas
hasil penat lelah petani yg mulia
lame betol dex tak tengok
sawah padi yang terbentang luas ituu
mesti akan rasa terkesima bila tetibe tgk
bende2 hijau semulajadi..
mane tidaknya..ni asyik duk mgadap skrin pc n laptop je

entry dex kali ni lebih menjurus kepada
pertanian gituuu
dex suka petani2 yg gigih bekerja
secara tak semena2 kalo dex bekerja pun
berinspirasikan semangat si petani katanyew
haha
ops, termelalut sudahhhh
sorry ya uols..pagi ni dex rasa best sanggattt
ok lah, kita masuk dalam isi sebenar entry ni okkay?

dunia hari ini semakin hari
semakin berubah "trend" nya
semua ini berkaitan dengan tahap kreativiti
dan semangat juang yg jitu dlm diri seseorg.
sebagai satu contoh,
Seorang petani di Beijing, China, Wu Yulu
mempunyai hobi mencipta robot di rumahnya
sejak lebih dua dekad lalu

tu diaaa massage women robot!haha
ini petikan dari KOSMO

Yulu, 48,
memiliki 47 robot yang boleh melakukan pelbagai tugas
seperti melompat, melukis, minum air, menarik pedati,
mengurut dan membantunya memasak.
Dia akan menyertai Ekspo Dunia Shanghai
1 Mei depan bagi mempromosi penggunaan harian
lebih 30 robot ciptaannya.

Jom kita tgk lak sebahagian gambar2
yg dex cari kat google
mengenai si petani yang sempoi kreatif ni
sememangnya dia sudah lama glamour dik nun oii
haha
tu diaa
tudiaaa-sekali beca robot keluar haa


kreatif betoi pakcik sorang ni kann..?


tadi tarik budak2, yang ni lagi advance haa..


ni pe kes ni??! nak fight2 lakk
yg ni bukan ciptaan pakcik Yulu tadi ya..
yang ni memang totally rubbish! haha


Malaysia ada petani moden kan?
turut sama berbangga dengan perkara ituu ;D



14 April 2010

OPS! KANTOI SUDAH! : AKAK PANDAI BUAT BISNES SEKS?


selamat pagi to all readers blog dex
uols memang super dupper kebaboom
vouge!cayolah!
dex harapkan semua
dalam keadaan baik
sihat sejahtera ya

jom kita terbang ke Telford, Britain
tengok sorang akak yang terlebey sudah ni..
Sophie Allen namanya

ape yang menjadi hot di sini
apabila penuduk kampung menjadi benggang dgn dia
secara tiba2 aje
nk tahu ape yg telah dia lakukan??

akak ni menyewa sebuah dewan serbaguna
utk digunakan sebagai lokasi
perniagaan seksnya.
wow!cayolah akak hahaha
Inilah akak tu..
Sophie Allen, 27


berbekalkan nama femes
Mistress Tia
(vouge ke gelaran tu?)
hows bit@# you pompuan!
dia menawarkan
beraneka fantasi seks
kepada pelanggan termasuk dirotan,
dimaki hamun dan disebat di premis itu.
soal bayaran pula
£80 (RM398) untuk sesi fantasi seks selama 30 minit
selain caj tambahan £20 (RM99) untuk gambar kenang-kenangan
iskh iskh iskh...

asal ko lak nak enterframe kat sini?
pe kes ni? macam fimiliar je muka ko kan? haha

Bagaimanapun, pihak jawatankuasa pengurusan dewan itu bertindak mengharamkan aktiviti tersebut setelah kegiatan Sophie terbongkar

Menurut pengerusi jawatankuasa pengurusan itu, Katrina Baker,
pada mulanya, dewan itu ditempah oleh seorang lelaki untuk tujuan satu uji bakat.

Namun katanya, aktiviti itu terbongkar selepas identiti lelaki itu sebagai rakan perniagaan Sophie diketahui oleh pihak pengurusan dewan.

KANTOI SUDAHHHHHH


*sesuatu yg sudah pasti di dunia ini, di mana ada permintaan,
di situ lah ada......???

(uols jawab sendiri leh?)haha

12 April 2010

PETUA MAK BEDAH MANE YANG AKAK IKUT NI?


"Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama dalam kalangan WANITA. Itu anggapan yang silap, itu helah untuk tarik orang muda merokok," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita KOSMO semalam.


femes lah akak ni arini masuk dalam KOSMO utk satu Malaysia cayolah! nampak cool kah? dah ler merokok kat tempat larangan..

ape yang nak jadi ni dik2 nun?

kita cuba selidiki fakta ringkas mengenai rokok di bawah ini :

1. Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya

2. Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun


3. Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah


4. Merokok boleh dalam bentuk Rokok, Cerut, Tembakau Paip dan Seesha


5. Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain


6. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan


7.
Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung

8. Boleh terjebak dalam penyalahgunaan
dadah


oo..nenek maintan ke?
jom kite tengok sikit ape yang ade dalam rokok tu?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
Napthylamine (ubat gegat)
Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)

Kadmium (terdapat dalam bateri)
DDT (Ubat nyamuk)
Formaldehyde (untuk mengawet mayat)

Butane (gas yang boleh membunuh)

Methanol (Bahan pembakar untuk roket)

Hydrogen cyanide (racun)

Toluene (bahan pelarut)

Carbon Monoxide (gas beracun)


*bagi dex-merokok bukan jalan penyelesaian untuk nampak hebat
*think twice-adakah sama nilai kesihatan antara merokok yg kononnya akan kelihatan hebat dan bersenam?

11 April 2010

MALAYSIA DI SERANG 'RUBBISH MONSTER' BUATAN WARGA ASING?


wuaaargghhhhhh! make budok! (makan budak)

apa itu rubbish monster?
jawapannya..

cuba bayangkan longgokan sampah
yg pada mulanya
hanya timbunan kecil
akan tetapi
lama kelamaan atau dalam masa yg singkat

ianya bertukar menjadi satu
TIMBUNAN MEGA!
maka ianya boleh lah di ertikan sebagai
RUBBISH MONSTER!
yang
SUPER-DUPPERRRRABOS
mengganas!

bagaimana agaknya
generasi masa depan
akan
menangani permasalahan ini
sekiranya RUBBISH MONSTER ini terus mengganas?
buang betul2 okkay?

cuba hayati fakta di bawah ini :
1. 95 peratus kesalahan membuang sampah di ibu kota sebenarnya dilakukan oleh warga asing terutama Bangladesh, Myanmar dan Indonesia.

2. sebanyak 13,300 kompaun atas kesalahan itu yang dikeluarkan sejak 2008 hingga bulan lepas dengan jumlah kutipan RM280,000.

3. Setiap kesalahan itu dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM30.

4. Dalam operasi selama empat jam semalam di Jalan Silang, DBKL telah mengeluarkan 172 kompaun berjumlah RM4,177 dengan majoritinya kepada warga asing.

*hello macha, anney, bapak2 dan pakcik2 myanmar, please, please, please kamu jangan nakal...

akak tak buang sampah merata2 okkay?!
akak recycle sajorrkk!

Soalan fikir jawapan banyak kali :
Adakah uols rasa rakyat Malaysia pengotor dengan sikap membuang sampah merata-rata?

*kalo sampah yang akan busuk-dex tanam dalam tanah, uols camner?
*bersamalah kita menjaga alam sekitar, sebagaimana alam sekitar menjaga kita semua!
*info ini dibawakan kepada anda oleh KOSMO dan DBKL serta di olah balik oleh DEX

10 April 2010

DALAM BANYAK2 BENDA ELOK KAT DUNIA NI, BABI JUGAK KO TARUK!


sumber : KOSMO

salam sejahtera to all readers
pengikut setia blog dex yg separa da vasss
boleh ke separa da vass? kah kah

ni pe kes ni
cuti2 weekend bangun2 tdo je
terus nak emo2 ni pehal ni ha dex!
mane tak nyer
bace KOSMO pepagi ni
ada satu benda alah ni
menguji kita lagi
nape lah kehidupan kita
sejak dua menjak ni macam
very the mencabar sangat2
bende2 kotor lagi jijik di jadikan
benda utama utk kehidupan
macam mane tu?
sape nak jawab?

sebagai contoh
uols tengok lah ape yg nak jadi sekarang ni..
boleh pulak ditukarkan sumber
bovine only source (lembu)
kepada porcine (babi)
dalam kandungan ubat cirit-birit
Imodium Capsule yang banggang ni
kalo dah nama pun haram,
memang akan haram lah semuanya!
adeh, pehal lah yg !#@@#@$% sgt!

ni pe kes ni?!

walaubagaimanpun, nasib baik lah
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dengan gagah perkasanya
telah mengarahkan
syarikat pemegang pendaftaran ubat
tersebut menarik balik kesemua
produk itu di pasaran!
tapi kalo yang dah terbeli ubat tu..
kalo dah nama pun ubat
mestilah nak kene makan
bila selepas membeli
camno mau jawab tu?

dont play-play okay?! lempank kang!

macam kes sorang pesakit ni
Datuk Mohd. Hanafiah Omar, 65
yg telah diberi ubat tersebut
oleh kakitangan hospital swasta
di Hulu Klang pada 29 Mac lalu
tanpa memaklumkan ia mengandungi
gelatin babi.

*let's HALAL utk kesejahteraan bersama!

09 April 2010

DATO' SITI NURHALIZA : ARTIS CONTOH DUNIA : MENERJAH BLOG DEX! YAHOOO!


selepas membuat entry
LOUIS VUITTON
semalam..
dex dikejutkan dengan
"chat box hangit"
dari...
kasik suspen skit ni
jeng jeng jeng
v
v
v

tetapi..
ape yg disangkakan
HAMPIR nyata jugaklah
gembira gak ler
sbb nama dato' siti kat dalam cbox tu
nak tgk siapa dia
sebenarnya?
jom kenal2
klik sini

*dato' siti nurhaliza artis contoh dunia!
*memang layak untuk beliau!