12 April 2010

PETUA MAK BEDAH MANE YANG AKAK IKUT NI?


"Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama dalam kalangan WANITA. Itu anggapan yang silap, itu helah untuk tarik orang muda merokok," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita KOSMO semalam.


femes lah akak ni arini masuk dalam KOSMO utk satu Malaysia cayolah! nampak cool kah? dah ler merokok kat tempat larangan..

ape yang nak jadi ni dik2 nun?

kita cuba selidiki fakta ringkas mengenai rokok di bawah ini :

1. Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya

2. Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun


3. Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah


4. Merokok boleh dalam bentuk Rokok, Cerut, Tembakau Paip dan Seesha


5. Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain


6. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan


7.
Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung

8. Boleh terjebak dalam penyalahgunaan
dadah


oo..nenek maintan ke?
jom kite tengok sikit ape yang ade dalam rokok tu?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
Napthylamine (ubat gegat)
Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)

Kadmium (terdapat dalam bateri)
DDT (Ubat nyamuk)
Formaldehyde (untuk mengawet mayat)

Butane (gas yang boleh membunuh)

Methanol (Bahan pembakar untuk roket)

Hydrogen cyanide (racun)

Toluene (bahan pelarut)

Carbon Monoxide (gas beracun)


*bagi dex-merokok bukan jalan penyelesaian untuk nampak hebat
*think twice-adakah sama nilai kesihatan antara merokok yg kononnya akan kelihatan hebat dan bersenam?

16 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Maaf, terpanjang plak membebel. (Motif: Tanda aku baca n sokong Entri ni)

::FAIZ FARISH:: said...

Aku pun tak tau kenapa masih ramai perokok, sedangkan diorang dah tau rokok ni merbahaya. Dulu pernah gak nak try isap. tapi lepas tgk org kene kanser paru2 akibat merokok terus tak brani.. Aku mmg dikelilingi perokok, kwn keje, sepupu2 dan jugak jiran. Tapi aku tak terpengaruhpun. Sebab aku takut akibatnya. Aku nak hifup lama. hehe

sugar2 kapas strawberry said...

katakan x pada rokok..hihi
cuba dex pk..kt kotak rokok tu sdiri pon ad gmba yg jantung ke hati yg mmg truk gler kn..tp npe ye org yg beli rkok tu cm xrsa pape je??klu rsa nk jd silent killer..bunuh la diri sorg2..ni ngn org2 lain skali dia nk bnuh..haila..

Lya Colours said...

kalo merokok leh wat org kurus, aku dulu merokok !!!
ahahaha

ok tolong lempang aku
huu

HaiDa HiDa said...

saay kesian sgt tgk org yg merokok ni.. tpi mereka xder pn nk kesian kt dri sendiri, tu la yg payahnya.. ngeri jer tgk gmbar kt kotak rokok tu kan.. tpi mna perasaan si perokok ek?? slmber je bli..

Iman said...

rokok tak cool langsung !

maCy said...

kenapa? kenapa macam ni?
kenapa sibuk habis kan duit beli rokok? kenapa semua ni? kenapa???

kenapa tak guna duit buat belanja kita je? kan dex?.. dapat pahala.. hehe

mimi said...

tepuk dada tanya poket,kalau duit ader bli la rokok tu..mimi rasa susah kot nak quit....coz hubby mimi smooker tegar...cuma boleh kurangkan je....

ezzatul fatihah binti fauzi said...

dex merokok tak...
lalalalal

rizal jabai said...

ish2...isap rokok ni rugi

yg siap posing kt tpat larangan merokok tuh,,baek sangkot n gantong dorg kt dinding tuh pastu cross muke dorg..hehe

zass~

Darkbatman said...

jauhkan diri anda dari rokok..hehe

rossoneri said...

yang menyampahnya, dorg hisap rokok kita yang kene gak..huhuhuuu..

AkU said...

no comment..~~

Afzainizam said...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhh penat aje ko bagi nasihat kaat mania pada rokok... issshhh
ade aje alasan diorang nanti
tak kiralah fakta atau auta...

“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver

“Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan. Tetapi sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada sejuta alasan.”

wahai perokok tegar tak kisah lah ko nak merokok tahap mana... jangan jadikan alasan mendustai rokok merbahayaka kesihatan ini fakta sebenar

syaf said...

aku perokok..dah terjebak pown,,,
dah stop 2 bukan senang, take time gak, banyk kali ku try stop, tp d;lm semngii pas2 ketagih balik... :)

zikeryhassan said...

alhamdulillah. walaupun aku ramai kawan2 yg merokok tp aku tak terjebak lagi.

tapi perokok sekunder sgt bahaya