12 April 2010

PETUA MAK BEDAH MANE YANG AKAK IKUT NI?


"Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama dalam kalangan WANITA. Itu anggapan yang silap, itu helah untuk tarik orang muda merokok," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita KOSMO semalam.


femes lah akak ni arini masuk dalam KOSMO utk satu Malaysia cayolah! nampak cool kah? dah ler merokok kat tempat larangan..

ape yang nak jadi ni dik2 nun?

kita cuba selidiki fakta ringkas mengenai rokok di bawah ini :

1. Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya

2. Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun


3. Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah


4. Merokok boleh dalam bentuk Rokok, Cerut, Tembakau Paip dan Seesha


5. Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain


6. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan


7.
Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung

8. Boleh terjebak dalam penyalahgunaan
dadah


oo..nenek maintan ke?
jom kite tengok sikit ape yang ade dalam rokok tu?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
Napthylamine (ubat gegat)
Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)

Kadmium (terdapat dalam bateri)
DDT (Ubat nyamuk)
Formaldehyde (untuk mengawet mayat)

Butane (gas yang boleh membunuh)

Methanol (Bahan pembakar untuk roket)

Hydrogen cyanide (racun)

Toluene (bahan pelarut)

Carbon Monoxide (gas beracun)


*bagi dex-merokok bukan jalan penyelesaian untuk nampak hebat
*think twice-adakah sama nilai kesihatan antara merokok yg kononnya akan kelihatan hebat dan bersenam?