30 April 2010

FEELING OBERSEA JAP KAT PERLIS!

gambar kat atas tu di ambil oleh Eliane
dari nyc daily photo
menunjukkan kereta yang mempakir disitu
di selimuti oleh daun yellow ginko biloba.
Itu kisah kat Manhattan.

Tapi kali ni dex nak bawa uols
terbang ke Kangar, Perlis.
Di mana ada persamaan
dengan keadaan di atas tu
What???! Kangar, Perlis???!
ape kekdahnyew?haha
tengok gambar di bawah ni..
feeling oversea tak?
just feeling je
tak salah kan?
huhu

kangar, perlis
12.15pm 29 April 2010

bangunan kat belakang tu
menambahkan lagi rasa obersea ya dak?

tu dia..yellow blanket

pokok inilah yang mengeluarkan
yellow blanket ituu

inilah bunga yang harum semerbak mawar
(adeh-takleh nak bagi sample bau dia kat sini)

setahun sekali mesti
kami sebagai rakyat perlis merasai keindahan ini
dex selitkan sedikit info mengenai pokok sena
atau nama botaninya Pterocarpus indicus.

Pokok Sena atau juga dikenali sebagai
Angsana
merupakan sejenis tumbuhan
yang terdapat di hutan Malaysia.

Ia merupakan pokok asal di Malaysia dan kawasan Asean
Ia dikenali sebagai pokok Narra di Filipina,
pokok Sonokembang di Indonesia,
pokok Tnug di Kemboja
dan pokok Pradu di Thailand.
Pokok Sena dianggap sebagai pokok balak yang baik.

Pokok Sena merupakan pokok tinggi malar hijau
yang mampu mencecah sehingga
ketinggian 30 meter sehingga 48 meter
ditempat asalnya.
Daunnya sepanjang antara 12 hingga 22 cm
dan tangkainya (petiole) sepanjang sekitar 2 hingga 4 cm.
Bunganya berbeza dari sedikit sehingga merimbun
dan berbunga dari Februari hingga Mei di Malaysia dan Filipina.
Ia berbau harum dan mempunyai kelopak kuning
atau kuning bata.
Buahnya bulat leper dan sekitar 6 cm kerat rentas.
Buahnya yang matang dalam 4-6 bulan,
menjadi perang apabila tua.

Ia mempunyai sayap serabut bagi penyebaran melalui udara.

Pokok Sena merupakan kayu keras, kemerahan tahan anai-anai
dan berbau harum seperti bunga mawar.
Kayu ini dikenali di Indonesia sebagai amboyna
sempena Ambon di mana kebanyakan pokok ini ditemui.
Seringkali kayu Sena dipotong nipis sebagai lapis veneer,
bagi menghasilkan perabot.
Bunganya digunakan sebagai sumber madu
sementara rebusan daun digunakan sebagai syampo.
Kedua bunga dan daun dikatakan boleh dimakan.
Pokok Sena (Narra) merupakan pokok kebangsaan bagi Filipina,
dan juga pokok daerah Chonburi
dan daerah Bukit(Phuket)
yang dahulunya takluk negeri Kedah kini di jajah Thailand.

*sumber rujukan dari Pterocarpus indicus
*Perlis ade salji gak, tapi Salji Hitam,
iaitu hasil pembakaran ladang tebu (daun tebu)
yang berterbangan pada penghujung tahun.