16 October 2011

MUSIC : ADELE 21

cover album beliau

Dex dah dapatkan dalam iTunes
lagu paling best bagi dex ialah
Rumor Has It
dan satu lagi
Set Fire to The Rain

Kelaianan sangat2 lagu ni..best2
tak tahu lah kenapa
Rolling in The Deep
jadik single pertama keluar

Apepun kesimpulan mengenai album ni..tak rugi kalo beli
kalo harge satu album ni same dengan sekampit beras 10kg pun
memang tak rugi..
nanti boleh pas kat anak cucu lak

*Esok ke KL lagi lorrr..boleh dengar lagu ni banyak2 kali kat airport!

11 October 2011

Fesyen Hi-Tech???

Sekarang jam menunjukkan dah masuk 1.00pagi.
Gigih sangat buat entri malam2 ni.
Hi-tech fashion? uihhhh tinggi sangat kot jenis fesyen tu..susah dimengerti!
Lady Gaga je kot yang berjaya mengolah fesyen-fesyen yang 'berentak' moden dan canggih macam tu.
wow!

Kita tinggalkan dulu citer Lady Gaga dengan fesyen dia tu...

Sekarang dex nak 'menunjuk-nunjuk' sikit jer tak banyak ye...
hadiah hari jadi hari tu..
Ipod Nano Generasi ke-6 dari Apple.
Thanks to Pakcik Steve Job..hehehe


pic ni mr.google punya
pic ni dex snap
ni plak bukan tangan dex
yang ni tangan dex
yang ni iTunes..banyak jugak lah 'bershoping' habes dalam tu
ni album kakak gaga
boleh jadik jam jugak
everyday im shufflin... :)

Memang boleh menjadi sebahagian dari fesyen berteknologi tak berapa nak tinggi jugak lah dengan benda ni.
Boleh paparkan jam.
Pada masa yang sama..boleh menjadi transformers..
yakni menukarkan jam tersebut kepada pemain mp3 dengan menyentuh pada skrin sesentuhnya.
seterusnya mendengar lagu2 melalui 'earphone'.
tu jelah cara nak dengar mp3...kalo terlupa bawak earphone tersebut...jawabnya,
tak dapat DENGAQ (dengar) lah! hehehe.

Nak lagi info mengenai ipod nano generasi ke enam keluaran Apple..klik SINI sayang..

*kalo nak tahu lebih lanjut mengenai baju yang kakak gaga pakai tu..tgk video ni >>>klik sini<<< memang sukar dimengerti oooo!
*dahhh..nak tido...nunite all

10 October 2011

Fesyen : ZARA 1

Selamat pagi Malaysia
Langkah pertama dengan melangkah menggunakan kaki kanan (hehe)
Dex cuba memasuki alam blog ciptaan dex sendiri..
Blog yang lebih terarah kepada perkembangan fesyen.

Pertama sekali, untuk kali ni dex akan ketengahkan salah satu outlet fesyen yang datangnya dari Sepanyol..iaitu
Malaysia adalah di antara 74 buah negara yang mengambil bahagian mempunyai cawangan rangkaian outlet produk pakaian yang telah mendapat tempat di hati peminat fesyen terkini.
ZARA mempunyai pelbagai koleksi untuk lelaki, wanita, kanak-kanak & TRF.
Dari pakaian, kasut hinggalah aksesori lain.

Pada 2 Oktober 2011.. maka bermulalah cerita fesyen dex dengan produk Zara ni.
Dengan melangkah masuk ke dalam outlet ke enam Zara di Malaysia iaitu di cawangan
LOT 10, Jln. Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Berkeluasan 1115 kaki persegi menawarkan hiasan dalaman menarik dan suasana mesra pembeli.
Lain-lain cawangan Zara di Malaysia adalah di Bangsar Village II, Bangsar Baru, Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall dan One Utama Shopping Complex.

Benda pertama dex beli adalah Travel Bag ref.6356/005 (wahh..siap ref.no lagi kann)hehe
Beg ni ler..
sumber dari ZARA Malaysia

Ni setelah di bawa balik...sayang sangat nak keluarkan dari beg kertas tu..huhuhu
Ni harge dia plak..
Lepas ni kalau nak travel bawa baju banyak-banyak pun ok lah kot..sebab dex tengok kualiti produk Zara terbaik. Kiranya tak rugi kalau beli dan harganya sama padan dengan kualiti.

Tak macam salah satu produk dulu yang dex beli beg dia..sekejap sangat pengguanaannya tak sampai sebulan dan habis putus sana sini.Gila kan? Tak nak cakap jenama produk tu kat sini..

*Alah membeli menang memakai :)

09 October 2011

Arrrggghhhhhhhhhhhhh!!!

Selamat berhujung minggu...
Helo Malaysia
Helo Blogger Malaysia
Helo Blogger Dunia
Sihat hendaknya...

Esok akan kembali semula kemnunculan Dex Mohamad atau blog saya iaitu FUNFABULOSITY
untuk merapu, mengupas dan memperhalusi (perlukah) hehehe

Kali ni dex nak berat lebih ke arah FESYEN MALAYSIA
tak berapa nak pasti kali ni akan menjadi atau tak...
WISH ME LUCK OK

See u all esok!
Salam Persahabatan Blog Anak Malaysia

*maaf kalau gambar dan tajuk entry kali ni menganggu ketenteraman hujung minggu anda ya!hahaha

15 September 2011

MALAS GILA!

Salam sejahtera...
salam malaysia..
harap semua blogger kenalan dex sihat2 cun2 macho2 belaka ye
walaubagaimanapun, dex masih lagi malas nak update blog...
penyakit malas melanda...

bile malas mule menguasai diri...

boleh ke camni?hehe

macam mane la nak kembalikan
kegigihan dan kerajinan mcm dulu2 tu ea...
hmmmm

best giler kalo ada rawatan dan ubat utk penyakit malas ni

22 April 2011

Rehat Sebentar Ya!

Helo blogger malaysia..
terima kasih sudi singgah kat blog dex..

Di petang Jumaat yg mendung ini
Dex ingin nyatakan..
dex akan berehat seketika dari berblog.

Nanti bila dex da aktif balik dex akan tegur2 uols semua
dan keluarkan bahan2 yg menarik utk tatapan semua

Salam ceria,
LOVELOVELOVE!

30 January 2011

SENYUM SEINDAH SURIA...LALALA

selamat pagi..selamat hari minggu
tak banyak perkara yang dex buat
hari ni...rehat sajo.

adeh..tetiber leh duk layan youtube lakk
dan ada satu lagu ni..da lame lagu ni rasenya
nyayian jay jay..hehehe
tajuk dia senyum seindah suria
cube tgk video ni...kelako pun ado

sambil2 dengar lagu tu..
meh kita layan antara beberapa
spesis senyuman
yang begito mengerujakan

kekadang..kalo rasa nak senyum pun macam terpaksa kan


kekadang..senyuman tu boleh menceriakan hati jantung
dan organ2 dalaman kita..hahaha


kadang-kadang..senyuman tu macam senjata
penggoda yang paling terbaik


kadang-kadang..senyuman sering disalah anggap


dan....
kadang-kadang..senyuman boleh menjadi
BEGITU MENYERAMKAN!!!
LaRiKKkkK!!!

*kalo tiap2 masa duk senyum je..mesti berfaedah gak kan?
*orang cakap leh awet muda..betoi ka???


24 January 2011

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA


hari yang ke-24
pada tahun 2011
baru dex terasa ingin mengucapkan
selamat tahun baru 2011
dex harapkan tahun ini
akan membawa kejayaan buat kita semua
dan negara kita akan maju
banyak2 langkah ke hadapan lagi

dengan harapan semua akan
berjalan dengan lancar
dan dipermudahan segala urusan
selamat tahun baru 2011!
happy new year...

feel tahun baru dex baru
terasa..kerana setiap tahun
sejak 2002 dex tak pernah rasa
malam tahun lama akan melabuh tirai
menyambut tahun baru yang akan menjelma

kiranya pada malam 31 disember sejak 2002
dex tak penah merasa sambutan tahun baru
bz bz bz dengan kerja2 tahunan yang akan lepas
bz sangat2..sorry
*hello my dear fren...!im back!